Khamis, 11 Februari 2010

berjalan.berlari..merangkak.. lalu terus menerap..

Apa ya??
nak saja untuk aku berlari
dalam gelap aku berlari
mengejar bebayang yang telah mati
mencari secebis warna cerah
di hujungnya yang di mana?

Apa ya ??
kenapa harus berlari begini?
tanpa arah tanpa tujuan
harapan yang melengkari cuma ilusi..fantasi..halusinasi
segunung penantian tak mungkin ketemu
meskipun seribu langkah lagi
kerana segalanya tidak pasti.

Apa ya??
suara yang menegur dan memanggil itu
siapakah?
suara hati atau suara rasa
terpancar dari segala duka?
pencahkan saja gelasnya..
pecahkan saja kacanya..
pecahkan segala yang ada..
biar semua tahu..
tahu..segalanya adalah dari aku sendiri..

Tiada ulasan: