Isnin, 14 Disember 2009

Cinta

Madah ni ku ambil dari catatan yg tertulis di dalam buku..
maka sekadar untuk tatapan dan peringatan aku... yg buat aku jadi tertarik dengan kata-katanya..


Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan, manakala kebencian membawa kepada kemusnahan. ~ Mahatma Ghandi

Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat -Hamka

Jika kita sungguh-sungguh menginginkan cinta, maka cintalah pada akhirnya yang justeru menunggu kita. – Oscar Wilde


Cinta tidak semestinya akan berakhir dengan perkahwinan dan perkahwinan juga tidak semestinya akan menoktahkan titik akhir kepada percintaan...

Rasa percintaan lebih pahit dari hempedu .Teman percintaan ialah sayu dan pilu, namun demikian, dara dan teruna tetap berpusu-pusu terjerumus ke dalamnya kerana dianggap seperti lautan madu – Raja Pedang Deir



Minat bukan bermaksud cinta, bangga bukan bererti cinta, kagum juga bukan bermaksud cinta, dan suka juga tidak serasi dengan cinta, malah sayang pun bukan cinta. Tetapi, cinta itu adalah cinta

Cinta ibarat pasu antik, ia sukar ditemui, sukar diperolehi tapi mudah untuk jatuh berderai

Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir.
Di suatu hari kau datang dan bertanya padaku apa yang lebih penting : Dirimu atau nyawaku. Dan aku menjawab nyawaku lebih penting dan kau pun berlalu dengan penuh kekecewaan tanpa pernah kau sedari bahawa kaulah nyawaku itu. Sesungguhnya kau adalah cinta dan nyawaku dalam hidup ini..

Hanya diperlukan waktu seminit untuk menafsir seseorang, sejam untuk menyukai seseorang dan sehari untuk mencintai seseorang, tetapi diperlukan waktu seumur hidup untuk melupakan seseorang....



srikandi cinta....

6 ulasan:

Deana Amane berkata...

ana...mane hang ilang, lama x dengar citer..

puteri_cekak berkata...

aku xilang laa.i also mizz u laa

Pegawai Khalwat berkata...

Mana hang kutip semua ni?

Menarik quote semua tu.

PuTeRi CaHaYa berkata...

(",) aku faham....

Pegawai Khalwat berkata...

..

puteri_cekak berkata...

macih sebb fahammmmmmmmmmmm..mana aku kutip?huhu