Khamis, 8 Oktober 2009

Kembali Lagi...

Hmmmm...

Tetiba ja rasa mcm nak cerita dlm blog aku ni satu kisah benar nak jadikan tatapn dan pedoman buat teman2 yg sudi menjenguk di blog aku ni yg agak simple..
kali ni aku xnak selitkan gmbar..biarlah menjadi satu coretan dan menjadi bayangan korang sendiri.. ini adalah kisah misteri..dan sgt misteri melalui kejadian aneh sewaktu aku pergi berkursus selama tiga minggu di INSTUN..behrang..Perak..

Catitan Diari..

Aku dah tiba ke tempat aku berkursus.tempatnya jauhh dari hiruk pikuk kotaraya.tempatnya aman..dikelilingi oleh hutan dara yagn agak tebal..jauh dari laluaun lebuhraya lebih kurang 3 batu.. tetibanya aku di bilik "wah besarnya bilik ni..mcm executive room..tp hampeh xdak tv ataupun entertainment..Al-maklumlah nama pun tmpt kursus..hmm" itu saja luahan hati semasa aku baru sampai di kamar tempat aku berkusus..

Hari demi berhari berlalu kursus yang dilalui seperti hari-hari biasa.Disebabkan kami peseRta kusrus terlalu bosan pihak urus setia mengadakan jungle trecking di hujung minggu.Setiap perserta di bahagikan mengikut kumpulan ,aku bersama room mate aku..Syok xterkira dapat masuk hutan yang berdekatan dengan tempat kursus..apa lg aku ngan video cam aku mula meneroka seluruh dan setiap jenis tropika flora dan fauna yang terdapat dlm hutan tersebut..

hmmm..letiih dah seronok kami diajar serba sedikit cara utk survive dlm hutan,dapat mandi sungai.memang best.. waktu hampir senja masing2 pulang ke bilik masing2..
lebih kurang jam 6.45 agak lewat aku solat asar.sbb smpai bilik pun agak kelam kabut..aku mula menegur kawan sebilik aku namanya kak mariana..'akak xnak solat ke?" dah lewat ni" tanya aku kepada kak mariana.jawabanya "xpayahla dik.akak letih sgt"..
memandangkan dia mengandung masa tu sebulan lebih aku paham dia mesti letih.jadi aku xkisah la sgt...

Cerita seram bermula.....

Memang aku ingat time ni jam tepat 8.00 mlm sesudah aku selesai solat magrib..aku dan kak mariana terus ke dewan mkn utk makan malam..nama pun letih..jadi agak lmbt kami ke dewan makan.. selalunya kami akan ke dewan makan pada jam 7.00 mlm..tp kali ni lmbt sikit..sewaktu di dewan makan ramai peserta yang dah selesai makan jadi tak ramai peserta yang berda di dalam dewan makan tersebut ..ada kot dlm 8 0rg peserta kursus yang masih berada dalam dewan makan tersebut.. (suasana malam tu agak suram aku rasa lain mcm sangat2..tp xnak tegur dalam hati jerla)...
Aku mengambil makanan yang dihidangkan secara bufe..duduk bersama kawan2 berkursus sekali..hmmm..tetiba..sesuatu genggaman erat memgegang di atas paha kanan aku...katanya " ana...kak nak jadi macam kat Ofice dulu"..(suara yg bercamppur aduk)..aku mula risau..teman yang lain semua dah selesai makan tinggal aku dan kak mariana jer..(alamak rasa seram gila bila dia cakap mcm tu tp aku think positif aku pikir maybe kak mariana terlalu letih)aku pun bersuara "maybe kak letih kot,jom kita balik bilik cepat2 k...kita rehat"..tp kak mariana langsung xmemberi respon..dia tunduk dan diam..selangkah demi selangkah kami melalui koridor untuk ke asrama .jalan dialui lampu yang sekejap ada dan sekejap terpadam..aku melaluinya dngan tenang...tetiba kak mariana terus ke duduk di anak tangga yang melalui jalan ke bilik kami..dia duduk dan terus menunduk...aku terus pergi kepadanya..'"kak....akak ok ker" .. tetiba dia menangis..kemudian dia menendang aku dgn suara garau "pergi!!!!!!!"..

Apa lagi..aku ni dah la penakut kecut...lari lintang pukangla aku dibuatnya..dlm hati aku (kak mariana dah kena rasuk)aku meluru ke setiap bilik berhampiran dan megetuk setiap bilik..tp malangnya.sekali mcm xdak org dalam bilik .hairan semua xdengar panggilan aku ...aku makin takut masa tu mulut ni asyik baca ayatul kursi jaa..aku lari ke block asrama lelaki..aku menjerit miinta tolong.tp sapa pun xdengar..apa lagi kebetulan aku nampak sorang peserta kurus dok sidai baju kat beranda..aku terus kebilik yang dia xkunci terbuka luas..aku terus masuk tanpa mempeduli sama ada lelaki tersebut memakai pakaian atau tidak sebab keadaan aku memaksa.aku menerpa ke bilik asrama lelaki tersebut..lelaki tu menjerit ngan aku pun menjerit.dia terkejut aku masuk bilik dia.mau tidak nya dia pakai kain tuala ja..hahahaha..(bila teringat balik aku mcm nak tergelak)aku terus ceritakan perkara yg berlaku di asrama perempuan.. dia pun bersiap dan kami terus menghbungi penghulu dan rakan2 perseta lelaki yang lain untuk bantuan..

jam lebih kurang 10 mlm..penyelia kursus berserta petugas cuba untuk meyelamatkan kak mariana dari gangguan jin tersebut.. degan berdiri megelilingi kak mariana dengan mengazankan ..namun kejadian aneh berlaku kak mariana terus bertukar wajah menjadi seperti seeokr harimau (benda tu mengaum kemudian bersuara "PULANGKAN ROTAN AKU!!!"Dengan suara yang agak garau..apalagi semua peserta prempuan yang melihat kejadian itu menjerit ketakutan..aku pulak tergamam..aku mula rasa takut sangat...tetiba salah seorang urusetia kurus mencelah "hantaq ja p hospital biar mereka jer uruskan dan dapatkan suntikan penenang".aku pun menjawab "eh jangan ni bukan nya gila sampai nak bagi suntikan penenang,bahaya ni ,ni ada makhlus halus ni yang menumpang,kalau xsilap saya tadi kak mariana ada ubah batu masa kat sungai dlm hutan dia cakap nak buat batu tungku "...keadaan masih kecoh dgn tindakan kak mariana yang x ubah seperti seekor harimau..PULANGKAN ROTAN AKU!!!kemudian dia melompat seperti harimau ke arah keluar dari tempat asrama..
X Lama kemudian datang seorang bomoh yang mebawa balang untuk mengubati kak mariana,..bomoh tu cakap sapa kawan sebilik dia tolong masuk dalam bilik untuk menolong sewaktu mengubati kak mariana..aku memberanikan diri beserta kawan yang aku yang bernama ivy (seorang gadis cina yg merupakan peserta kusus..)lebih kurang 45 minit kak mariana lemah longlai dan mula sedar.kemudian keadaan menjadi tenang kembali.peyelia kursus mengarahkan semua beredar..
akan tetapi..aku dapat merasakan makhluk tu masih ada dibadan kak mariana..dengan pegalaman abahku seorang pakar perubatan islam aku juga dapat merasakan ..
aku masih takut..aku terus berlari ke arah salah seorang peyelia kursus.."encik..saya tahu benda tu masih ada dengan kak mariana,saya risau dan takut la cik.. tolong jgn balik lagi..abah saya juga pengamal perubatan seperti ini tp di menggunakan ayat-ayat suci al-quran abah saya pernah berpesan kalau nak ubati seseorang tu nak pastikan dia dah ok atau tidak dia aka belahaq (sendawa) atau buang angin"..xberapa minit kemudian selepas aku memberitahu peyelia terdengar suara jeritan dalam bilik..aku terus bergegas ke dalam bilik..aku tergamam kak mariana sudah berubah seperti di rasuk sebentar tadi.aku meluru memanggil semua yang hampir berdar dari tempat kejadian..lebih kuranng jam 12 mlm seorang ustaz yang dikatakan dari kumpulan darusyifa mengubati kak mariana..tp kali ni aku memang xberani masuk bilik.hanya ivy yang berani masuk untuk memabantu..dari luar aku hanya mendengar suara yg garuk mejerit.marah,kemudian ustaz tu keluar menyatakan "petang tadi ada masuk hutan ker?,perempuan ni dah mengaggu tempat tinggal makhluk tu..mungkin dia ada mengambil rotan".aku menjawab rotan??tu saya xpasti sebab saya cuma tahu dia ada niat nak ambik batu sahaja.."suara dari arah belakang ku...salah seorang peserta kursus "hah saya ada terdengan suara mengaum masa kami diarahkan untuk mengambil rotan,tp saya xnak tegur..takut tegur dalam hutan"..ustaz tu berkata makhluk tu nak balik rotan dia tu tempat tinggal dia bila dah diusik dia mengamuk"...semua orang yang mendengar mati akal..hmm sapa nak yang nak masuk hutan malam2 dalam pukul 12 ni..nak letakkan rotan tu balik..huh?seramanyaaa.masing2 menyalahkan masing2"ada yg cakap tu la sapa suruh ambik barang dalam hutan kan dah pesan",ada pulak yang cakap ni arahan ketua"..arghhhhhh aku dah xkisah yang penting aku dah xsanggup tengok kak mariana jadi mcm tu..dah hampir 4jam keadaan masih belum ok.."ustaz xkan xdak cara lain sembuhkan kak mariana dan suruh jin tu kembali pada tempat asalnya?"jawab ustaz, ada kita cuba sedaya upaya dan minta pertolongan ALLAH..kemudia ustaz masuk kebilik.aku masih mendengar suara menjerit..xlama kemudian lebih kurang 20 minit keadaan pun pulih..kak mariana betul2 dah pulih dengan bantuan salah seorang pegamal perubatan islam yang dikenali dari kumpulan darussyifa..setelah selesai
jam menujukkan hampir pukul 1 pagi..ustaz tu bertanya saa rakan sebilik nya ? aku menjawab ya ustaz saya teman sebiliknya..hmm kalau macam tu nanti kalau ada rama2 hitam bcakan ayatul kursi dan menyuruh dia kembali pada asalnya jika ada bau wangi sedekahkan al-fatihah yer nak.."kata ustaz pada aku..apa lagi takut laa aku dlm hati "alhaia matila aku dah pukl 1 pagini xkan aku nak tido berdua ja dlm bilik ngan kak mariana buatnya muncul rama2 hitam adoiii.."aku mula takut kembali walaupun kak mariana betul2 dah pulih..malam tu akibatxsenang duduk aku tukar dengan ivy dia tido ngan kak mariana aku kebilik dia bersama teman yang lain..hmmjam 2 pagi suami kak mariana datang untuk membawa pulang kak mariana..

3 ulasan:

Deana Amane berkata...

tggu sambungan...

p/s ana lama x dgr citer..

puteri_cekak berkata...

ada ja...na dah tukar no fon

Tok Anjang Itam berkata...

Assalamualaikum...

apa yang kamu mengerti tentang 'pendusta cekak'?