Jumaat, 9 Mac 2012

Nikmatnya CintA Pada Allah S.W.T

Sekadar Luahan yg ideologi penulis ini sama dengan pemikiran aku...

Rencana ini agak panjang kerna skop dan pengamatannya terlalu luas
saya yakin mereka yang habis membaca rencana ini,
akan faham dan mungkin dikurniakan Allah seorang kekasih,
tetapi malangnya manusia kian malas membaca.

Jatuh yang tidak ada orang simpati ialah jatuh cinta.
Sebab jatuh cinta indah, tidak macam jatuh tangga atau jatuh pokok, sakit.
Cinta banyak perkara cinta. Tidak ada siapa pun yang dapat larikan diri daripada mencintai dan dicintai.
Kemuncak cinta, ada orang masuk syurga kerana cinta dan tidak kurang ramai orang yang akan dihumbankan ke neraka gara-gara cinta.

Cinta yang begaimana boleh bawa seseorang ke syurga
dan kenapa ada yang masuk neraka lantaran kerana cinta?
Cinta, rasa yang ada dalam hati yang tidak boleh disukat-sukat.
Hati yang merasainya, sehingga boleh terhibur atau terseksa kerananya.
Datangnya dari dua sumber yakni dari nafsu dan dari Allah.

Cinta yang diilhamkan oleh nafsu berlaku bila hati kotor,
sering melakukan dosa dan tidak pula bertaubat.
Sifat-sifat keji seperti sombong, ujub, riak, gila puji,
hasad dengki dan lain-lain sifat jahat bersarang dalam hati tidak dikikis,
maka ketika itu nafsulah yang akan jadi Tuhan dalam diri sehingga apa saja yang dilakukan mengikut arahan nafsu.

Termasuk dalam meletakkan cinta,
ukuran yang diberi dan sebab jatuh cinta pun ikut selera nafsu.
Lelaki akan jatuh cinta pada perempuan yang mendedahkan kecantikannya
hingga tubuh badan perempuan itu sudah tidak terlindung lagi pada pandangan nafsunya.
Cinta diberi ialah untuk mengisi keinginan nafsu seks lelaki kepada perempuan.

Begitu juga wanita, jatuh cinta sebab lelaki kaya, handsome bergaya,
ada jawatan dan lain-lain keistimewaan yang disenangi oleh nafsu.
Lantas cinta diberi dengan harapan mereka dapat tumpang kemewahan dan kesenangan hidup lelaki tersebut.

Jelasnya, cinta yang datang dari nafsu ditujukan untuk kesenangan nafsu semata-mata.
Bila bertaut dua cinta yang dilahirkan oleh nafsu yang punya kepentingan
masing-masing maka berlangsunglah babak-babak melahirkan rasa cinta.

Dari surat menyurat, telefon, ziarah, keluar makan-makan, berdua-duaan di taman bunga,
dalam keadaan saling rindu merindukan.
Ketika itu tak ada lain dalam ingatan melainkan orang yang dicintai.
Sehari tak jumpa atau tidak telefon rasa berpisah setahun. Sudah tidak malu pada orang sekeliling, apa lagi pada Allah yang Maha Melihat.

Lagi mereka tidak ingat dan takut.
Lantaran itu mereka sanggup buat apa saja untuk membuktikan
kecintaan pada pasangan masing-masing.

Hatta yang perempuan sanggup serah maruah diri konon untuk buktikan cinta pada lelaki.
Yang lelaki pula rela bergolok bergadai untuk memberikan kemewahan pada perempuan sebagai bukti cinta.
Akhirnya bila yang perempuan telah berbadan dua, lelaki serta merta hilang cintanya.

Habis manis sepah dibuang. Kalau pada lelaki pula, ada duit abang sayang, tak ada duit abang melayang.
Kalau pada suami pula, isteri seorang suami disayang, bila hidup bermadu kasih pada suami melayang.

Itulah falsafah cinta nafsu yang melulu. Cintanya hanya selagi nafsu ada kepentingan.
Cinta inilah yang banyak melanda orang muda yang dilambung asmara.
Hingga sanggup buat apa saja, sekalipun bunuh diri, kalau kecewa dalam bercinta.
Walhal sedap dan indahnya sekejap. Sakitnya lama, sakit yang paling dah syatialah di neraka kelak.
Inilah kemuncak cinta yang paling malang dan memalukan.

Cinta nafsu kalau pun boleh bersambung sampai membina rumahtangga ia tetap akan menyeksa.
Kerana suami akan cinta pada isteri selagi isteri masih muda, seksi dan manja.
Yakni selagi nafsu dapat disenangkan.

Bila isteri tua, kulit berkedut, tampal make-up lagi hodoh, rambut putih dan gigi pun sudah banyak gugur seperti opah, badan pun sudah kendur, maka cinta suami akan beralih pada gadis muda yang menarik.
Sekaligus hilanglah cinta suami.
Menderitalah isteri yang hilang perhatian suami apalagi kalau
terang-terang depan mata suami kepit perempuan lain, lagilah isteri terseksa.

Begitu juga si isteri.
Cintakan suami selagi suami boleh membahagiakan dan menunaikan segala keinginan nafsu.
Selagi suami kasih dan sayang padanya.
Andainya suami hilang kuasa, jatuh miskin, masuk penjara atau suami kahwin lagi seorang maka serta merta hilang cinta pada suami.

Sebaliknya berbakul-bakul datang rasa benci pada suami yang dulu dipuja tinggi melangit.
Begitu mudah cinta bertukar jadi benci.
Akibatnya berlakulah pergaduhan, masam muka, kata-mengata, ungkit mengungkit, suami tidak pedulikan isteri dan isteri pun hilang hormat pada suami.

Rumahtangga panas dan menunggu saat untuk ditalqin kan ke kubur perceraian.
Ketika itu tak ada lagi pujuk rayu, cumbu mesra sebagaimana waktu cinta tengah membara.
Maka doktor yang menulis pun dituduh.
Itulah gara-gara cinta nafsu yang sudah menyusahkan manusia di dunia lagi.

Sebaliknya cinta yang dialirkan oleh Allah ke dalam hati, itulah cinta yang benar, suci lagi murni.
Cinta yang bukan diukur ikut pandangan mata, tapi ikut pandangan Allah.
Ia bersebab kerana Allah dan cinta diberi pun untuk dapat keredhaan Allah.
Cinta begini tiada batasannya. Tidak pula kenal jantina dan kedudukan.
Dan cinta lahir hasil dari sama-sama cinta pada Allah.

Boleh berlaku pada lelaki dengan lelaki, perempuan dengan perempuan,
lelaki dengan perempuan, antara murid dengan guru, suami dengan isteri,
sahabat dengan sahabat, rakyat dengan pemimpin, antara umat dengan
Nabinya dan yang paling tinggi antara hamba dengan Tuhannya.

Kalau berlaku antara lelaki dengan perempuan yang tidak diikat oleh tali perkahwinan,
mereka tak akan memerlukan untuk berjumpa,
bercakap atau melakukan apa saja yang bertentangan dengan kemahuan Allah. Cinta mereka tidak akan dicelahi oleh nafsu berahi.

Sebaliknya cinta itu ialah tautan hati yang berlaku walaupun
tak pernah kenal atau baru kenal tapi hati rasa sayang dan rindu.
Hati sedih kalau orang yang dicintai ditimpa susah, senang kalau yang dicinta itu senang.
Sanggup susah-susahkan dan korbankan diriuntuk senangkan orang yang dicintai.

Cinta yang begini ada diceritakan dalam hadis,
iaitu seorang lelaki yang bertemu dan berpisah
dengan sahabatnya kerana Allah maka mereka
akan mendapat perlindungan 'arasy Allah di padang mahsyar nanti,
hari di mana masing-masing orang mengharap sangat lindungan dari
matahari yang sejengkal saja dari kepala.

Kalau berlaku antara suami isteri maka isteri akan letak seluruh ketaatan pada suami,
berkhidmat dan melayan suami tanpa jemu-jemu.
Sama ada waktu suami tunjukkan sayang atau masa suami marah-marah.
Sama ada suami kaya atau miskin, atau suami kahwin lagi, cinta isteri pada suami tidak belah bagi.
Salah satu contohnya penderitaan mengundang bahagia.
Kerana cintanya pada suami datangnya dari Allah hasil dari ketaqwaan isteri.
Datanglah ribut taufan, angin puting beliung melanda rumah tangga,
isteri tetap memberikan cintanya yang utuh dan teguh.

Begitu juga suami, cinta pada isteri tidak kira isteri itu muda atau tua. Sama ada pada hatinya.
Selagi isteri taat pada Allah, isteri tetap dikasihinya. Kalau dia ada empat isteri,
tentulah isteri-isteri akan tertanya-tanya, pada isteri manakah yang suami paling cinta?
Kalau cinta itu bersumber dari Allah, tentu isteri yang paling taqwalah yang paling layak
dicintai oleh suami lebih dari isteri-isteri lain.

Sebagaimana Rasulullah lebih mencintai Aisyah kerana taqwa Aisyah lebih tinggi dari istei-isteri lain.
Rasulullah saw akui sendiri hanya bersama Aisyah saja,
dalam satu selimut baginda pernah diberi wahyu.

Tapi tidak pernah berlaku semasa baginda satu selimut dengan isteri-isteri yang lain.
Sumber cinta yang datang dari Allah akan meletakkan Allah yang paling tinggi dan utama.
Bila berlaku pertembungan antara cinta Allah dengan cinta pada makhluk maka cinta Allah dimenangkan.
Misalnya seorang isteri yang cinta suaminya.

Tiba-tiba suami larang isteri melakukan ketaatan pada Allah dalam hal tutup aurat,
walhal tutup aurat itu Allah tuntut.

Maka kecintaan pada Allah itu akan mendorongnya untuk laksanakan perintah-Nya walaupun s
uami tidak suka ataupun terpaksa kehilangan suami.
Sanggup dilakukan sebagai pengorbanan cintanya pada Allah.
Sebaliknya kalau dia turut kemahuan suami ertinya kata cinta pada Allah hanya pura-pura, cintanya bukan lagi bersumberkan Allah tapi datang dari nafsu.

Cinta yang datang dari Allah menyebabkan seseorang cukup takut untuk melanggar perintah Allah yang kecil,
apalagi yang besar, lagi dia gerun. Seorang yang sudah dapat mencintai Allah,
cinta yang lain-lain jadi kecildan rendah padanya.

Sejarah menceritakan kisah cinta Zulaikha terhadap Nabi Yusuf.
Sewaktu Zulaikha dibelenggu oleh cinta nafsu yang berkobar-kobar pada Nabi Yusuf, d
ia sanggup hendak menduakan suaminya, seorang menteri. Bila Nabi Yusuf menolak keinginannya,
ditariknya baju Nabi Yusuf hingga terkoyak. Akibat dari peristiwa itu Nabi Yusuf masuk penjara. Tinggallah Zulaikha memendam rindu cintanya kepada Yusuf.

Penderitaan cinta yang ditanggung oleh Zulaikha
menyebabkan dia bertukar dari seorang perempuan cantik menjadi perempuan tua yang hodoh.
Matanya buta kerana banyak menangis terkenangkan Yusuf, h
artanya habis dibahagi-bahagikan kerana Yusuf.
Sehingga datanglah belas kasihan dari Allah terhadapnya.

Lalu Allah mewahyukan agar Nabi Yusuf mengahwini Zulaikha
setelah Allah kembalikan penglihatan,
kemudaan dan kecantikannya seperti di zaman gadisnya.

Peliknya, bila Zulaikha mengenal Allah,
datanglah cintanya pada Allah sehingga masanya dihabiskan untuk bermunajat pada Allah
dalam sembahyang dan zikir wirid sehingga terlupa dia hendak melayan kemahuan suaminya Yusuf yang berhajat kepadanya.
Terpaksa Nabi Yusuf menunggu Zulaikha menghabiskan sembahyangnya,
hingga hampir hilang kesabaran Nabi

Yusuf lantas ditariknya baju Zulaikha sehingga koyak;
sebagaimana Zulaikha pernah menarik baju Nabi Yusuf seketika dulu.
Begitulah betapa cinta yang dulunya datang dari nafsu dapat dipadamkan bila dia kenal dan cinta pada Allah.
Cinta Allah ialah taraf cinta yang tinggi.

Kemuncak cinta ini ialah pertemuan yang indah dan penuh rindudi syurga yang dipenuhi dengan kenikmatan.
Cinta pada Allah akan lahir bagi orang sudah cukup kenal akan Allah.
Kerana cinta lahir bersebab.

Kalau wanita cinta pada lelaki kerana kayanya,
baiknya, tampan dan sebagainya dan lelaki cinta wanita kerana cantik, baik, lemah lembut dan sebagainya
maka bagi mereka yang berakal
akan rasa lebih patut dicurahkan rasa
cinta pada Allah kerana segala kenikmatan itu datangnya dari Allah.

Ibu bapa, suami, isteri, sahabat handai dan siapa sajayang mengasihi dan mencintai kita,
hakikatnya itu semuanya datang dari Allah.
Kebaikan, kemewahan dan kecintaan yang diberikan itupun atas rahmat dan kasihan belas Allah pada kita.
Sehingga Allah izinkan makhluknya yang lainnya cinta pada kita.
Walhal Allah boleh bila-bila masa menarik balik rasa itu dari hati orang-orang tadi kalau Allah mahu.

Allah yang menciptakan kita makhluk-Nya, kemudian diberinya kita berbagai-bagai nikmat seperti sihat, gembira, dan macam-macam lagi. Sama ada masa kita ingat pada-Nya ataupun masa kita lalai, tetap diberi-Nya nikmat-nikmat itu. Begitulah, kebaikan Allah pada kita terlalu banyak sebagaimana firman-Nya: yang bermaksud:
"Kalau kamu hendak menghitung nikmat-nikmat Allah, nescaya kamu tak terhitung."

Besar sungguh jasa Allah dari menciptakan,
menghidupkan dan memberi rezeki, suami, isteri,
rumah dan macam-macam lagi yang dengannya kita boleh lalui kehidupan dengan aman bahagia.
Alangkah biadapnya kita kalau segala pemberian Allah itu kita ambil tapi lupa untuk ucapkan terima kasih,
lupa pada yang memberi. Walhal,

Allah boleh saja menyusah dan menyenangkan kita dengan kehendaknya.
Oleh itu orang yang betul kenal dan beradab, dia malu pada Allah.
Malah kerana malunya itu dia tidak nampak yang lain lebih hebat dari Allah.
Cintanya tertumpu pada Allah, dan penyerahan diri pada Allah sungguh-sungguh.

Setiap saat menanggung rindu lalu masanya dihabiskan untuk berbisik-bisik dengan kekasihnya. S
ehingga kerana terlalu mendalam cinta pada Tuhan ada hamba Allah yang berkata, "Wahai Tuhan,
aku mencintai Engkau bukan kerana takutkan neraka-Mu. Tapi kerana Zat-Mu, ya Allah.
Aku rela masuk neraka kalau itulah kemahuan-Mu."

Itulah rintihan hati seorang wali perempuan Rabiatul Adawiyah dalam munajatnya dengan Allah. Dia menyatakan dua cinta tidak boleh duduk dalam satu hati. Bila cinta Allah sudah penuh dalam hatinya, maka tidak ada tempat lagi untuk cinta selain dari itu.

Ada orang mangatakan: "Jika kau berikan hatimu atau pun cintamu pada manusia nescaya dia akan merobek-robekkannya. Tapi kalau hati yang pecah itu diberikan kepada Allah nescaya dicantum-cantumkan-Nya. Ertinya cinta dengan Allah pasti berbalas.

Dan Allah tidak membiarkan orang yang dicintai-Nya menderita di akhirat."
Jadi seorang yang bijak dan beradab akan meletakkan kecintaan yang besar pada Allah,
pada Rasulullah dan barulah pada makhluk-makhluk lain di samping-Nya.

Itulah perletakan cinta yang betul dan menguntungkan di dunia dan juga di akhirat.
Itulah dia cinta kita pada Allah swt yang patut kita letakkan.

Karya:-Cikgu Anas..

Khamis, 8 Mac 2012

Bukakan Pintu Kebaikan Dan Tutupkanlah Pintu Keaiban

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani,

Moga cinta ini CINTA ini darimu Ya Rahman Ya Rahim
Malam ini, wanita itu sunyi. Jalan bersendirian di atas lantai hitam. Atmosfera gelap menyelimuti cahaya. Yang tinggal hanya cahaya bintang dan bulan. Lebih tepat, angin turut bertiup enak, membelai rambut wanita yang kusut masai .

Terbit rasa ingin tahu. Rindu kepada secebis dirinya. Secebis yang bisa memberikan perempuan itu sebuah perasaan bahagia yang bukan biasa. Rumit untuk diterangkan dan dihuraikan. Bahagia yang mampu menyempurnakan agama. Itu mungkin cukup penjelasannya .

Namun, prempuan itu tidak tahu, tidak tahu ke mana hilangnya cebisan itu. Mungkin lebih tepat , perempuan itu tidak tahu pun segala tentang cebisan itu melainkan tuhan yang maha mengetahui. Redha.

Perempuan itu berjalan perlahan, berteduh di bawah bumbung yang bercahaya. Meraba-raba pemandangannya, mencari cebisan yang entah bagaimana rupanya. Secebis yang bisa memberi perasaan bahagia yang menyempurnakan agama perempuan itu.

Perempuan itu mula memberi pandangan pertama .

Kulitnya hitam manis dengan wajahnya yang berkaca mata. Pandangan kedua perempuan itu melekat ke bumi.

Gayanya seperti lelaki berani dan gagah. Pandangan kedua perempuan itu melekat ke bumi.

Cebisan berkaca mata comel. Pandangan kedua perempuan itu melekat ke bumi.

Susur keluar diatur. Kembali ke atmosfera gelap. Buntu. Entah bagaimana rupa cebisan yang mampu memberi perasaan bahagia buat perempuan itu sepanjang hidupnya.

Cebisan yang boleh memberikan perempuan itu satu lagi perasaan yang ikhlas memberikan setia mengikat janji tuhan. Degupan jantung cebisan yang mampu memberi nyawa untuk senyum bersama lesung pipit sebelum dipanggil tuhan. Rindu lagi.

Perempuan itu mula melukis hikayat di hatinya. Berdakwatkan rindu dan berkanvaskan harapan. Baring di atas lantai hitam, mencuit bintang-bintang yang terapung menyebarkan cahaya kecilnya yang bisa memberi zikir kepada tuhan.

Lelaki yang agak gah ketampanannya kebersihan nur diwajahnya membawa solat dalam kehidupannya ,sujud yang lama tatkala terpandang disejadahnya Wajahnya samar-samar. Membawa diri kearah satu pengabdian ke pada yang Esa. Hikayat seorang lelaki yang berkisahkan rindu menanti cebisan juga yang mampu memberi perasaan bahagia yang bisa menyempurnakan agamanya.


Dakwat rindu masih basah lagi. Harapan masih luas lagi. Namun, perasaan bahagia itu tersangkut dek kerana cebisan itu kurang jelas wajahnya. Bersangka baik dengan tuhan. Pastinya, ini adalah salah satu seni kebaikan tuhan yang agung.

Tak perlukan ketampanan menjadi ukuran, cukup sekadar memberi perempuan itu senyum berlesungkan pipit .

Tak perlukan si kaya raya, cukup sekadar bermewah dengan bersusah payah bersama perempuan itu .

Tak perlukan si cerdik pandai, cukup sekadar bergeliga merendahkan diri menghias kebaikan kepada perempuan itu .

' Aku rindu. Aku teringin memandang tepat ke mata mu tanpa ada lagi pandangan kedua. Ingin sekali aku menyentuh hati mu dengan kalimah-kalimah bahagiaku. Samar-samar wajahmu, akanku tajamkan penglihatan ku meneroka seluruh benua, agar wajahmu lebih jelas di potret hatiku. Biarkan aku mengembara mencari dirimu yang hilang. Pasti aku mahu kuatkan hatiku bagi membiarkan kau turut derita dengan rinduku. Yakin aku berikan hatiku untuk kau rangkul dengan hangat , setia menyambut tanganku berjalan ke taman syurga yang kekal abadi . '

Harapan seorang perempuan itu, sebaik sahaja hikayat itu dilukis, wajah cebisan itu semakin kurang samar-samarnya. Kuat keinginannya untuk perempuan itu berikan hati yang bisa mencipta bahagia yang dijanjikan tuhan. Semoga cebisan itu dibisik dengan perasaan yang bahagia ketika ini, entah tidak tahu benua mana arahnya. Tuhan sahaja lebih maha mengetahui .

oh tuhan , makbulkanlah doa hamba itu.

Selasa, 28 Februari 2012

Tempoh Aku Jatuh Cinta..

Lagi-lagi pasal cinta,terdetik kat hati aku nak luahkan apa saja yang tersirat dan tersurat dalam benakku sekarang ini,bukan niat nak mengaibkan sapa-sapa ataupun nak rasa bangga dengan diri sendiri.Nauzubillah...sesungguhnya aku sentiasa memohon diberi perlindungan dari yang Esa...
YA Rahman Ya Rahim,sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah S.W.T dan yang buruk itu sememangnya kelemahan diri aku sendiri.
Ya Rabbul Izzati,cinta yang agung...
Aku masih lagi meragui cinta yang hadir dalam diri aku sekarang,tapi secara jujurnya selama aku hidup di saat ini, maka terdetiklaha 'CINTA' yang datang tiap kali pada aku adalah cinta kerana ALLAH S.W.T,sebab aku baru tersedar dari hantukan diri aku sendiri bahawa apa yang ada dalam diri kita,istimewanya kita,bahagianya kita,nikmatnya kita adalah semuanya dari ALLAH S.W.T....

Kegagalan aku yang terjadi pada tarikh keramat 14.9.2011 adalah saat paling hitam yang agak sukar aku lupakan,disaat itu,dunia seakan gelap buat aku,airmata tak henti mengalir selama 126 hari,dan di saat 126 hari itu la,hati aku terguris dek paradoks dengan sifat manusia yang bertulang belakangkan konflik yang tandus..aku bermula dengan langkah yang agak sukar ..aku hanya manusia biasa yang tak pernah lari dalam melakukan kesilapan..aku sedar ,aku bukanlah terbaik tapi seadanya aku selalu dan terus cuba untuk menjadikan yang terbaik ...tapi bila aku sedikit alpa,sedikit cuai,maka kehidupan aku hilang sekelip mata..segalanya musnah..segalanya hancur buat aku..dan disaat itu maka bermulalah kehidupan aku yang baru..

Tanggal malam tahun baru,SUBAHANALLAH Allah s.w.t Sedang menguji aku, tangisan aku adalah di waktu malam yang sunyi,
Disaat aku kehilangan segalanya hanya pada ALLAH S.W.T tempat aku mengadu,setiap malam dahi ini x henti-henti mencium tikar sejadah dengan tagisan taubat tangisan seorang hamba yang terlalu takut untuk hidup bersendirian..

Pada malam tersebut terungkai la segala cerita yang sebenar siapa DIA sebenarnya...
SUBAHANALLAH CINTA ALLAH LEBIH AGUNG PADA HAMBANYA...Sejak pada malam tahun baru tersebut segala rahsia yang aku tak pernah tahu ALLAH telah tunjukkan aku apa yang sebenar.dan di saat itu,hati yang goyah ini terus menjadi utuh,..kembali aku sujud syukur pada ALLAH S.W.T kerana DIA telah merancang perkara yang terbaik untuk aku..dan aku mula Redha apa yang jadi pasti ada hikmahnya..Ikhlas menerima kehidupan aku..
Saat itu,aku terus berdoa Cinta aku ini hanya kerana ALLAH S.W.T,biar hati ku sakit,biar hatiku pedih,biar aku terpaksa menanggung kesusahan namun aku tak sanggup jauh dengan Rahmat dan Kasih Sayang Allah S.W.T.Kerana dia yang layak memberi pimjaman Cinta pada aku dan kebahagiaan buat aku di dunia dan akhirat...
Hari ini ,saat ini Aku dalam keadaan tenang,walaupun secara zahirya yang dapat dilihat dimata masayarakat tentang aku dan banyak persepsi yang mereka letakkan siapa aku ,aku dah tak peduli,semakin hari semakin tabah terutama bila Putera Kecilku dah bijak dalam membaca doa makan dan membaca Ibu Surah Al-Quran iaitu Fatihah..Tahniah anak ummi..moga satu hari anak aku menjadi insan yang terpilih dan sentiasa dalam rahmat ALLAH S.W.T..
Aku mula terdetik untuk mencintai seseorang,mungkin adalah kerana cinta dia pada ALLAH S.W.T yang aku hanya dapat lihat dari zahirnya,tapi perasaan takut untuk terus rasa sayang kembali ,rasa cinta kembali,rasa rindu kembali masih bermain-main dalam pemikiran aku...
Ya ALLAH Tuhan Yang Agung...aku terlalu takut dengan perasaan ini disaat ini,dalam rahmatmu,dala kasih sayang mu,aku sentiasa bermohon agar CINTA ini tidak leibh dari aku mencintai mu Ya ALLAH...Satukan aku dengannya dalam redhamu,dalam kasih sayang mu,jika dia benar untuk aku,andaianya dia bukan untuk aku maka jauhkan perasaan ini agar hati ini tidak goyah bila tidak dapat memilikinya....Kerana AKU yakin CINTA aku ni hanya pimajaman sementara....

Wallahu 'alam..
Luahan Kasih seorang hamba
Aku dah mula bangkit...

Rabu, 1 Februari 2012

Ya Aku SUDAH jatuh cinta

Walau saya xmampu melawan hati saya pada awak..
walau awak melihat saya sentiasa tersenyum,
tp sebenarnya hati saya menangis,..

saya sudah tidak mampu menyintai awak..
saya sudah tidak mampu menyayangi awak..
saya masih tidak boleh menerima jawapan awak..
hakikatnya..saya harus undur diri .sebelum keadaan bertambah parah...

biarkan segalanya yg jadi hanya sebagai mimpi...

Ahad, 29 Januari 2012

Jumaat, 20 Januari 2012

Selamat Datang 2012

First of all...

Selamat Tahun Baru ...

Rasanya dah lama sangat x update blog aku ni,sampai nak berhabuk dah kot...lani aku dah cuci balik,kasi bersih,renovate seket..muka pun dah tukaq..xdak apa yang menarik sangat tp,aku sangat menanti tahun 2012.aku harap tahun ni akan merubah segala kisah hidup aku.... dan yang paling penting nak cari perubahan hidup semaksima mungkin..nak cari saham "akhirat" semaksima yang mungkin..

Terima Kasih
Terima Kasih kepada sudi yang menegurku
kerana teguran itu membawa perubahan padaku,

Terima Kasih kepada yang sudi memujiku
kerana kadang-kadang pujian itu juga boleh membuat aku selalu tersenyum,

Terima Kasih kepada yang sudi memarahiku
Kerana kemarahanmu itu mengingatkan aku tentang ada nya syaitan laknatullah
dan sudah pasti api kemarahan itu buat aku sentiasa mengingati perlunya ada kesabaran,

Terima Kasih kepada yang sudi menyayangiku
Kerana kasih sayang itu membuat aku rasa bersyukur kepada Alllah s.w.t
kasih sayang itu adalah nikmat yang paling sukar untuk didapati..

Terima Kasih kepada sudi yang sanggup menjadikan aku sebagai musuh,
Kerana amaran mu itu membuat aku sentiasa mengingati ALLAH S.W.T
lantas membuat aku jadi terus untuk membuat kepada kebaikan pada sekeliling..

Terima Kasih kepada yang sudi mempermainkan jiwa aku yang kadang AGAK bendul NI,
kerana buat aku lebih matang dalam mengenal insan disekeliling aku bak kata pepatah yang mana kaca mahupun permata,

Terima Kasih kepada yang sudi mendoakan kesejahteraan aku,
doa itu adalah anugeraH Allah s.w.t untuk aku,
kerana doa itu aku telah berjaya untuk jadi lebih kuat,lebih tabah,dan terus menambahkan semangat aku untuk terus berpijak pada bumi yang nyata.


Akhir sekali tak kira apa laa korang nak buat kat aku,...aku tetap akan mengucapkan Ribuan Terima Kasih..

Nukilan Terkejut :-
Puteri Cekak...

Isnin, 19 April 2010

MONOLOG..

SELAMAT DATANG.. KE MEK DOLAH BOLEH SAYA BANTU?..







Alhmadulilah selesai jugak setelah debaran untuk bermonolog di atas pentas teater..mungkin aku xhebat.tp aku punyai keberanian untuk keseoranga atas pentas..aku puas hati walau ada masih org tidak puas hati.. utk kali pertama dan di beri peluang..alhmdulilah ku panjatkan pada yg Kuasa..

THANKS 4 DUDOK. MAK INANG N ALL YG TERLIBAT MENJAYAKAN MANUSIA RAJA 2